Friday, December 9, 2011

Izah N Genius Aulad Bandar Baru Bangi

Salam...selamat malam..errrr pagi dahhh...
Plan asal lepas anak3 tido nak pegang gunting dan kain yg dah lama beli tp tak bejahit2..tapi bila anak3 dah tido lain plak aku buat..haihhh bukan apa bila dah lewat sangat takda mood nak gunting kain..so nantila...
Sambil ngadap2 laptop ni tgk2 facebook terpandangla video izah masa kat genius aulad bandar baru bangi(GABBB)...alhamdulillah setahun izah kat situ nampak perbezaan banding masa sebelum dia masuk...
Izah,5 tahun,satu satunya anak perempuan yg aku ada..dia juga anak sulung daripada 3beradik...maka menjadi harapan kami suami isteri agar dia menjadi contoh terbaik buat adik2nya (hohh bsr sungguh peranan anak sulung ni kan...errr macam kami ummi n walid dia heheheh)..oleh itu kami berusaha untuk memberikan yg terbaik semampu kami insyaAllah terutama dalam bab pendidikan...
walaupun izah baru berusia 5 tahun..tp oleh kerana dia lahir pada 1.1.2006 maka dia wajib mula bersekolah pada tahun 2012 iaitu pada usia dia 6tahun(berdasarkan pekeliling) ... memandangkan dia tak pernah ikut mana2 sekolah secara formal melainkan di taska ..membuatkan aku agak risau sbb dia belum boleh membaca bahasa melayu apatahlagi bahasa inggeris..walaupun ummi dia cekgu ..uhuhuu...kat rumah kami ajar iqra' je.. so setelah dipilih2..GABBB menjadi pilihan kami walaupun di awalnya pelbagai halangan tapi alhamdulillah setahun juga... dan perubahan yang paling ketara yg aku nampak ialah dia kini sudah mampu membaca bm dengan agak lancar la juga banding masa sebelum masuk dulu...alhamdulillah ..untuk bahasa inggeris pula alhamdulillah dia dapat sampai level 7...target aku bila dia nak masuk sekolah rendah dia mesti dah boleh membaca..so alhamdulillah target aku tercapai....memang aku salute n sangat2 berterima kasih pada cikgu2 dia..hanya Allah saja yg boleh membalas...tugas aku sekarang memberi galakkan kpd dia agar terus minat membaca....solat pon alhamdulillah ..sekurang2nya dia solat walaupon kadang2 terlupa...tp bila dia teringat dia terus solat walopon dh hbs waktu(adakalanya aku ingatkan kadg2 tak sbb nak tgk sikap dia...wahhh gitu)...okla itu saja yg aku nak share tentang izah n GABBB... ...insyaAllah di lain posting aku letak pictures ...



izah n frens on GABBB open day

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...