Friday, December 9, 2011

Izah N Genius Aulad Bandar Baru Bangi

Salam...selamat malam..errrr pagi dahhh...
Plan asal lepas anak3 tido nak pegang gunting dan kain yg dah lama beli tp tak bejahit2..tapi bila anak3 dah tido lain plak aku buat..haihhh bukan apa bila dah lewat sangat takda mood nak gunting kain..so nantila...
Sambil ngadap2 laptop ni tgk2 facebook terpandangla video izah masa kat genius aulad bandar baru bangi(GABBB)...alhamdulillah setahun izah kat situ nampak perbezaan banding masa sebelum dia masuk...
Izah,5 tahun,satu satunya anak perempuan yg aku ada..dia juga anak sulung daripada 3beradik...maka menjadi harapan kami suami isteri agar dia menjadi contoh terbaik buat adik2nya (hohh bsr sungguh peranan anak sulung ni kan...errr macam kami ummi n walid dia heheheh)..oleh itu kami berusaha untuk memberikan yg terbaik semampu kami insyaAllah terutama dalam bab pendidikan...
walaupun izah baru berusia 5 tahun..tp oleh kerana dia lahir pada 1.1.2006 maka dia wajib mula bersekolah pada tahun 2012 iaitu pada usia dia 6tahun(berdasarkan pekeliling) ... memandangkan dia tak pernah ikut mana2 sekolah secara formal melainkan di taska ..membuatkan aku agak risau sbb dia belum boleh membaca bahasa melayu apatahlagi bahasa inggeris..walaupun ummi dia cekgu ..uhuhuu...kat rumah kami ajar iqra' je.. so setelah dipilih2..GABBB menjadi pilihan kami walaupun di awalnya pelbagai halangan tapi alhamdulillah setahun juga... dan perubahan yang paling ketara yg aku nampak ialah dia kini sudah mampu membaca bm dengan agak lancar la juga banding masa sebelum masuk dulu...alhamdulillah ..untuk bahasa inggeris pula alhamdulillah dia dapat sampai level 7...target aku bila dia nak masuk sekolah rendah dia mesti dah boleh membaca..so alhamdulillah target aku tercapai....memang aku salute n sangat2 berterima kasih pada cikgu2 dia..hanya Allah saja yg boleh membalas...tugas aku sekarang memberi galakkan kpd dia agar terus minat membaca....solat pon alhamdulillah ..sekurang2nya dia solat walaupon kadang2 terlupa...tp bila dia teringat dia terus solat walopon dh hbs waktu(adakalanya aku ingatkan kadg2 tak sbb nak tgk sikap dia...wahhh gitu)...okla itu saja yg aku nak share tentang izah n GABBB... ...insyaAllah di lain posting aku letak pictures ...



izah n frens on GABBB open day

Sunday, November 27, 2011

Murtabak Sardin Cream Crackers

salam...semua...
bila cuti skolah ni mcm2 la aktiviti g blh aku buat kat rumah ni....smalam dengan rajinnya aku cube resepi Murtabak Sardin Cream Crackers yg aku dapat dari sini tp aku buat ikut citarasa aku sendiri..
ok aku share resepi dia..

bahan2:

sebiji bawang bsr potong dadu
3biji bawang putih
cili merah
telor 4biji
santan sekotak + air guna kotak sama
biskut cream crackers
garam secukup rasa

cara:
1- hancur kan sardin, tumis bwg,masukkan cili merah,masukkan sardin, perasakan dgn garam.aku letak lemon sket...ketepikan..
2. pukul telor 3 biji, masukkan dlm sardin tadi
3. rendamkan biskut dalam santan,agak2 terendam je..susun dalam loyang 2lapis.
4. ratakan sardin di atas biskut td.
5.susun biskut semula seperti no 3,ulang no 4 hingga habis sardin dan yg terakhir ialah lapisan biskut.
6. curahkan baki santan yg tinggal, pukul telor sebiji n ratakan atas lapisan paling atas.
7. bakar pada suhu 180 deg selama 20-30 minit.

Tuesday, November 1, 2011

owhh lama xhapdet...

salam...nite3...
well biasala time2 ni je la blh blog walking n bertenet...ini pon sementara tunggu kek lumut msk..2 jam wooo ...haihh xpala ..sambil2 pegang Aysar aku pn merajinkan diri menghapdet blog aku ni...ermmm nak citer ape ehh....byk sgt perkara berlaku semenjak dua menjak ni..... suami sakit...Aysar pun tak sihat..dalam masa sebulan 2 kali masuk wad,,,hurmm xpala Allah nak uji kami suami isteri...pasti ada hikmah tersembunyi...so aku redha atas segala ketentuan...
wahhh diam tak diam dah bulan 11...Alhamdulillah Aysar dah pon 6bulan...alhamdulillah masih breastfeed...harap2 kali ni lebih lama anak aku dapat menyusu susu ibu....walopon dalam tempoh 6bulan pertama ni pelbagai dugaan n cabaran aku tempuh tp aku tetap bertekad n yakin mampu memberikan Aysar susu ibu...Alhamdulillah Allah bantu aku di samping sokongan dari suami.....mmg tidak mudah tp tidak juga susah...asal ada kemahuan insyaAllah ....
haishh tatau la nak stori ape....tu je la dulu...nnt ada masa aku hapdet kek lumut aku ...insyaAllah

Friday, August 12, 2011

solat wanita di masjid...sedikit perkongsian

salam ramadhan...

Alkisah dah lama nak kongsi cerita tentang wanita ke masjid...cerita asal adalah dari suami yang mendengar teguran pak imam di masjid terhadap wanita2 yg pergi ke masjid utk solat terawih...kata pak imam..beliau terserempak dgn jemaah wanita yg bertelekung tp mengangkat kain sampai nmpk auratnya..kalo ditegur bimbang pula di salah tafsir apalagi wanita2 itu adalah isteri org...lalu katanya lagi...kalau tak boleh jaga..jangan datang masjid...lbh kurang mcm tu la yg suami ceritakan...
moralnya...para wanita dalam berusaha untuk mencari pahala dan membuat kebaikan dengan bersolat terawih di masjid...pastikan kehadiran kita ke masjid tidak mengundang fitnah...yg dtg dari pelbagai sudut...jika tidak solat saja di rumah kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda..."Daripada Abi Amru asy-Syaibani, Abdullah bin Mas'ud berkata; Tidak ada bagi seseorang wanita lebih baik (afdal) daripada solatnya di rumah melainkan di al-Masjid al-Haram"...sesungguhnya solat wanita itu lebih afdhal di rumah.. walaubagaimanapun Nabi  tidak melarang untuk pergi ke masjid asalkan tidak berlaku fitnah... Baginda bersabda: "Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." wallahualam...



Wednesday, August 3, 2011

Melatih anak kecil berpuasa...

salam...salam ramadhan buat semua...semoga amalan kita diterima olehNya...insyaAllah...

Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 3 Ramadhan...syukur masih diberi kekuatan rohani dan jasmani untuk terus menjalani ibadah yg satu ini.... Alhamdulillah juga kali ini berbuka dan bersahur bukan saja berdua...sudah pun bertiga...aku,hubby dan izah...setakat 3hari pertama ini alhamdulillah izah takda masalah bangun sahur malahan pada malam ke 3 dia pula yg kejutkan aku...masyaAllah!!
berbeza dengan solat aku sebagai ibu..tidak sama sekali hendak memaksa dia berpuasa diusianya 5tahun...namun aku tetap menggalakkan sebagai latihan buat dia supaya apabila meningkat usia dia tidak betah lagi menjalani ibadah puasa selain ibadah solat yang merupakan rukun Islam..insyaAllah...
Pada aku ibu bapa tidak perlu terlalu berkeras untuk memastikan anak seusia dia berpuasa apatah lagi marah jika si anak tidak tahan untuk berpuasa...latihla secara berperingkat...mungkin pada hari pertama puasa sekerat hari...hari ke 2 tambah lagi masanya...dan seterusnya hingga berjaya puasa penuh sepanjang hari....mulakan dengan sedikit tetapi konsisten...okla aku rasa sedikit perkongsian untuk bakal ibu bapa yang bakal melatih anak kecil berpuasa....
1. Mulakan bercerita tentang bulan2 Islam..mungkin melalui lagu2 nasyid...ceritakan tentang bulan ramadhan sebelum tibanya bulan ramadhan...boleh juga menonton cerita2 yg ada kisah2 berpuasa mcm siri upin dan ipin.. supaya anak biasa dengan istilah ramadhan ataupun puasa....
2. Bila hampir bulan ramadhan ...selalu selalu la sebut "tak lama lagi kita nak puasa...kakak nak puasa tak??" bagi semangat sket...bagi dia rasa betapa puasa tu satu keseronokan... bukan bebanan...
3. aku tidak menjanjikan imbuhan berbentuk wang ringgit sebagai hadiah jika si anak dapat berpuasa sebaliknya pupukla dalam diri anak2 agar berpuasa kerana Allah....kerana cintanya kita kepada Allah...katakan pada si anak...kalau berpuasa insyaAllah dapat pahala...dapat masuk syurga...syurga tu best sgt3....pada aku biarla sianak tidak berapa faham asalkan kita tidak biasakan dia dgn memberi wang sbgai upah bila dia berjaya berpuasa...namun pujian dan galakkan harus diberikan jika dia berjaya puasa walaupun hanya separuh hari...puji atas usaha dia...jangan sesekali kita merendahkan usaha anak kita apatahlagi membandingkan dengan anak orang lain....takot2 nanti langsung taknak buat...
4. Allah beri 2kegembiraan bagi org yg berpuasakan....salah satunya waktu berbuka...jadi masa nak berbuka...ra'ikan anak kita yang berpuasa...mcm aku...aku akan bawa dia ke kedai, belikan kuih/air kotak yang dia suka...tapi 1 je...kalo dia nak lebih...aku kata...yang tu esok pula...hehehhee bukan pe biar dia belajar bukan semua benda kita boleh dapat dalam satu masa...dan supaya dia belajar berpuasa bukan untuk berlebih2 sewaktu berbuka....
5. Sering ceritakan tentang orang lain yg hidupnya lebih susah daripada kita...supaya dia faham kenapa perlunya puasa...atau mungkin dia tidak begitu faham tapi sekurang2nya dapat mendidik jiwa untuk lebih bersyukur....
ermmm aku rasa ni sajala dulu...kalau ada yang sudi nak share lagi silala ye....kita kongsi2 pengalaman dan ilmu ...insyaAllah...

Sunday, June 12, 2011

Cheese Cake...

salam...

entry kali ni pasal makanan..sbb terliur tgk cheese cake cik rus...makanya aku berusaha mencari resepi n bahan..so jadila cheese kek yg sedap ni (izah yg kata sedap ..ngeh3)...tp sedapla pada aku jgk ...okla taknak bebel byk2 layan gambar ni n resepi...


Cheese Cake (Copy from myresepi.com)

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap. 

Wednesday, May 25, 2011

Berpantang...

salam...
Harini genap 35 hari tempoh berpantang aku...alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik...walaupun kadang2 mmg tak cukup tidur.. berjaga malam sbb Aysar nak di layan waktu malam...hehehe..di samping menguruskan Zubayr dan Izah....Alhamdulillah dan terima kasih juga atas pertolongan suami dan keluarga kedua belah pihak yang membantu aku di awal berpantang...walopon hakikatnya aku ni berpantang biasa2 sahaja...apalagi kali ni bersalin cesear...mmg aku tak bengkung dan tungku yang biasa aku buat kalau time berpantang....urut?? doktor kata perut jangan urut...lain boleh...
Walaupun ni kali ke 3 aku melalui proses bersalin dan berpantang ...namun aku rasa masih tertanya2 apa yang dimaksudkan dengan berpantang ni....ada yang kata takleh keluar rumah 40 hari...ada yang kata xblh minum byk air..ada yang kata kene makan bende kering2 je....dan semestinya cara berpantang ni berbeza mengikut adat sesuatu kaum...agama...dan negeri...wallahualam... aku ni mmg suka nak tau kenapa begitu kenapa begini...hahaha beberapa info yang aku dapat antaranya...

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.

Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.

Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama' menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.

Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].

Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].

Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh wanita selepas bersalin pada zaman Nabi :saw tidak pula saya berjumpa dengannya. Amalan yang paling hampir adalah bayi yang baru lahir itu hendaklah disusukan oleh wanita lain (selain ibunya) sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kelahirannya. Ini adalah elok sementara menunggu susu ibu tersebut menjadi pekat. Kebanyakkan orang Arab memberi tumpuan pada perkara ini, sebagaimana Nabi :saw diberi kepada Banu Sa'd untuk disusukan di kalangan mereka.

Waktu mengandung 9 bulan itu boleh dikatakan agak lama, maka sudah tentu kesihatan merupakan perkara yang perlu dijaga oleh setiap wanita selepas bersalin. Disini saya mengutip sedikit nasihat Doktor wanita (tulisan Saarah al-Lu'Lu'ah didalam laman sesawang Islamway) mengenai perkara ini :-

- perkara utama yang perlu dilakukan adalah cukup rehat dan tidor, sekurang-kurangnya 1 minggu
- terus mandi selepas bersalin (mandi wiladah)
- makan diet yang biasa selepas bersalin. Tumpukan kepada makanan yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan.
- digalakkan ibu yang lepas bersalin bergerak selepas 6 jam.
- tidak kembali bekerja hanya selepas 6 minggu.
- terus bersenam sehingga badan menjadi normal

Beberapa perubahan yang mungkin berlaku :-

- perubahan emosi. Ibu yang baru masuk kealam yang baru. Adakalanya stress, dsb. Peranan suami dan keluarga memberi sokongan kepadanya
- perubahan phisiologi didalam waktu post-natal.

Kesimpulannya, amalan berpantang tidak ada didalam Islam, akan tetapi hakikat 40 hari berpantang (tidak berpuasa, bersolat, dsb) itu merujuk kepada angka maksima seseorang wanita itu didalam nifas. Tidak banyak yang dapat dipetik mengenai bab wanita selepas bersalin dari kitab fiqh. Yang wujud didalam kitab-kitab fiqh adalah amalan menyusu dan amalan-amalan sunat yang dilakukan keatas bayi, seperti memberi nama, aqiqah, bercukur, tahnik, dsb. Ibu Qayyim yang juga merupakan seorang doktor banyak memberi nasihat penjagaan bayi semasa kecil sehinggalah pendidikan mereka. Amalan-amalan lain seperti pemakanan, senaman, kasihatan, dsb bolehlah dilihat didalam buku-buku kesihatan. WA.

beberapa tautan yang boleh dilayari :-

تنظيم فترة ما بعد الولادة
http://www.layyous.com/book%20addition/ ... zation.htm

تعليـــمات بعـــــد الــولادة
http://akhawat.islamway.com/forum/index ... opic=71729

sekian, wassalam
 di petik dari al ahkam


Walaubagaimanapun pemakanan yang berkhasiat dan seimbang serta cukup air terutama ibu2 yg menyusukan bayi...mmg diperlukn semasa berpantang...

"Oleh itu dalam waktu pantang ini, khususnya selepas pembedahan cesarean, janganlah sekat makanan yang berkhasiat oleh sebab kepercayaan dan amalan budaya kita ataupun oleh sebab desakan dari orang orang tua kita.Walau demikian makanan yang tentu boleh menyebabkan masalah seperti yang boleh menyebabkan alahan (allergy) patut dijauhkan." dr hamid arshat

Thursday, May 19, 2011

sebulan sudah....

Salam...salam...salam....
Alhamdulillah..alhamdulillah....dah sebulan dah Muhammad Aysar...alhamdulillah dah dpt result darah n urine ...alhamdulillah tiada masalah...
Alhamdulillah aku juga bertambah sihat dan post natal check up aku..alhamdulillah ssemua ok...aku kata kat doctor..."tp knp tempat jahit ni sakit kdg2"..doctor kata.."apa2 pembedahan cyst ke..appendix ke..bersalin ke mmg kdg2 rasa sakit tu ada even ada yg dh 3thn pn masih sakit." aku?? "hah yeke.." xpala insyaAllah sket je tu...
oyeee masa g check up aku di temani oleh encik suami n ank2...sempat doc bertanya nama zubayr n aysar...bila dah hbs check up..sempat doc tu ckp..nnt ank sy ..sy nak letak nama zubayr jgkla...heeee...
Alhamdulillah ...alhamdulillahhhhhhhh...balik check up pumping session....alhamdulillah production meningkat...walopon hrni xmkn banyak sgt...breakfast dgn cocoa collagen power plus tak sempat nak makan apa....balik check up terus lunch...minum kopi o(teringin sgt..)..lps direct bf..Aysar tido..pam..hasilnya lbh baik drpd hari2 sebelum ni...syukur...germbira...alhamdulillahh

Cocoa Collagen Power Plus....KEMBALIKAN KEREMAJAAN ANDA

Salam semua...
kali ni aku nak share sket pasal 1 produk keluaran Crystal Liz....yg pada aku best dan lebih murah berbanding produk2 lain yg berada di pasaran...aku dah minum lbh kurang 5hari...alhamdulillah effect paling best aku rasa bila susu badan bertambah..suke sgt3 memandangkn aku tgh giat membuat stok susu utk Aysar...mudahan cukup stok sebelum mula bekerja nnt...okla ni maklumat tentang produk ni...

KEMBALIKAN KEREMAJAAN ANDA
Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luaran dan dalaman
Koko Pra campuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Kebaikan dan khasiat
1) Membantu mengimbangi hormon
2) Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
3) Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
4) Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
5) Melambatkan proses penuaan
6) Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
7) Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
8 ) Mencerahkan kulit secara semulajadi
9) Memberikan tenaga
10) Membantu mengurangkan keguguran rambut
11) Melancarkan peredaran darah dalam badan
12) Mengimbangi berat badan
13) Meningkatkan daya penghadaman
14 ) Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot




Cocoa Collagen Power Plus mengandungi :
  1. Marine Collagen ~ Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  2. Kacip Fatimah ~ Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  3. Lobata ~ Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  4. Krimer bukan tenusu ~ Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  5. Dextrose Monohydrate ~ Melambatkan proses penuaan.
  6. Oligo Saccharide ~ Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Siapa boleh minum??
  • Wanita sudah /belum berkahwin
  • Ibu-ibu lepas bersalin(amat digalakan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
  • Wanita yang inginkan kecantikan & kesihatan
  • Di larang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki

CARA-CARA PENGAMBILAN COCOA COLLAGEN
Untuk mendapat kesan yang efektif: Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut. Kemudian barulah di campur dengan air untuk suamkan dan minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam. Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang. Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya!

TESTIMONI...

1..Salam akak...
saya nak bitau ni, slps 5tahun berusaha tuk dapat kan baby akhirnya saya baru disahkan peknen..rasanya berkat minum ccpp secara berterusan latelyla.xsangka betul.Hapy giler..n bersyukur sesangat..thanks alot kak sebab bagi harga best kat saya membuatkan saya terus nak try..hi3..


Testimonial
cocoa collagen ni masuk 4hari aku minum cocoa tu, first time aku tgk kotak cocoa tu pun aku dah jatuh hati..coz aku bayangkan aku dpat 1kotak yg ada 30paket...tapi tgk2 dapt 3ktk suspend gak aku ingatkan hang salah antar..mampus aku nak kena tambah duit lagi...tapi upanya 1kotak tu ada 10paket yer...ok aku nak bagi review aku kat hang selepas 4hari aku minum.. first time hirup pergh...sedap ler mengalahkan coffee beans la pulok...tapi mmg sedap hang...aku belasah ler sehari 2kali..lepas buka pose dan masa sahur...apa yg aku dapt rasa mmg badan aku tak letih mmg segar je sepanjang hari seperti yg hang ckp la....lepas tu yg magic nye aku tgk tumit kaki aku yg dulu pecah dan kasar macam org kerja buruh kasar tu alhamdulillah akhirnye bertangkup dan buleh ler dikatakan licin...tapi lum licin sepenuhnye..tapi aku puashati ler coz b4 this aku dah sapu krim macam2 krim..tak jalan juga..akhirnya mimpi aku menjadi kenyataan. hubby aku lak puji aku dia kata muka aku nampak pinkish dari biasa..aik biar betik.. hang pun camtu ke? aku mmg tak amik apa2 selain cocoa hang nie coz aku nak tgk dia nye kesan yg ckp cepat tu...lagi pulok aku minum 2paket sehari tu yg nampak cepat kot...lepas tu kan betul ler hang kata breast ada denyut-denyutan ler..tapi aku tak berani nak kompem ler sebab cocoa coz aku nak period nie sekali berdenyut sebab nak period malu je kat hang....hahahha...panjang lebar lak aku cerita..tapi aku mmg berterima kasih kat hang ler kenalkan cocoa nie..make sure aku nye stok utk tiap bulan ada tau..sampai je masa hang send kat aku...aku nak buat amalan tiap bulan..makna aku nye 2set ler yer sebulan..hahahaha org suh minum 1paket sehari aku lak belasah 2paket sehari..tak per janji murah,berkesan, cantik n selamat .nanti aku update lagi..kawan aku pun nak order nanti dia contact hang..aku dah bagi no ko kat dia dah..

Testimonial
So far baru 5 paket aku minum tapak kaki dah tak keras dah la.. aku mmg takde masalah tumit pecah cuma kasar"


shahida:-
Selepas mengamalkan selama 1 bulan parut dan jerawat semakin berkurangan. Kulit wajah saya semakin cantik. Bukan tu je tenaga saya semakin bertambah; saya x mudah lesu mcm dulu. Malam bersama suami menjadi lebih bermakna...hehe..
Saya minum cocoa colagen ni sbb nk gebukan kulit dan hilangkan parut jerawat di muka saya. Pada mulanya saya tak berapa yakin sgt keberkesanan cocoa colagen ni. Sbb dah mcm mcm sy cuba.. gimick je lebih. Tapi x nampak kesan. Lain pula cocoa ni. Sbb harganya berpatutan sy x kisah la mencubanya.

1 Sachet sahaja sehari untuk keremajaan anda, cubalah…..
Berminat??? call/sms: 0196349219 ym: kaklong702@yahoo.com
Harga biasa.....RM59.90 satu set mengandungi 3 kotak / 30 sachet
Harga saya: RM55
satu set mengandungi 3 kotak / 30 sachet (untuk sebulan)

Friday, May 6, 2011

Medela freestyle idaman aku...

salam...
dah lama sgt nak cite psl FS yg aku baru dpt...tak guna lagi pon..huhu...
seblom ni aku guna spectra 3...tp telah pon aku jual ...maka aku pn berusaha untuk dapatkan gadget yg 1 ni...alhamdulillah akhirnya kini menjadi kepunyaanku dan yg penting aku beli ni dengan harga yg lebih murah berbanding harga pasaran....yg penting new bkn 2nd hand yer...
apepon aku patut berterima kasih pada kwn aku Rus...sbb byk bantu aku utk dapatkan FS ni..siap hantar sampai rumah lg tu...thanks rus...pada sesapa yg berminat nak dapat FS dengan harga yg jauh lebih murah berbanding harga pasaran di M'sia boleh layari blog rus ....
gambar aku tak snap lg la...br je sterilize part2 n botol2..nnt bila dah rajin amek pic aku upload insyaallah...

izah ooohhh izahhh...

salam semua...
sesaja je kali ni nak story mori psl ank dara aku sorg neh...hohb dh bsr dah ank dara aku ni...5 tahunn
harini balik dari skolah ...turun dr van...sengih2...aku buka gate...tiba2 dia kata..."ummi..harini hr ibu!!" aku..senyum je.."kakak ada hadiah utk ummi.." haishh xdan masuk umh lg dah nk tunjuk...dia kuarkan dr beg dia sekeping kad yg dia buat ms kat skolah...hailahhh anakku...
taraaaaaaaaaaaaaaaa ni la dia mother's day card....tq sayang...ummi lov u 2...

ok habis citer pasal  mother's day card...
jam dah pkl 10 malam masa aku soh anak2 masuk tido...so izah pn dah baring dalam bilik..aku pn buat susu untuk zubayr...Aysar..tido dah...siap2 buat susu aku pn bwk zubayr masuk bilik...tgk2 izah tgh nangis...plak dahhh apehal plak ank dara aku sorg ni...haishhh
aku pon tanyela..."knp nangis??" dia dlm sedu sedan air mata bergenang jwb..."ummi...kakak takot kalo kakak masuk kubur nnt kakak masuk neraka.." hohhh terkejut aku dgr tiba2 dia ckp mcm tu...dgn gaya menten aku pn tanye .."knp plak kakak rasa mcm tu??" jawabnya..antara keluar dgn tidak..."kakak dah buat jahat ...." aku tanye lg...ala memujuk " kakak wat jahat dgn sapa??" jawabnya.."kakak dah buat jahat kat ummi dgn walid..hrtu..."sambil nangis lg....aku rasa nak nanges pon ada ..nak gelak pon ada..sayu pon ada...aku pn pujuk dia.."xla...kakak tak wat jahat kat ummi dgn walid pon...ummi n walid sygkan kakak..kakak ank yg baik...anak baik insyaAllah masuk syurga..tp kakak jgn buat jahat tau.." dia pon angguk n benti nangis.....fuhhhhh lega...nasib baik berhasil....ntah bila la yg dia teringat dia buat jahat tu aku pn tatau...tp agaknya berkesan jgkla kata2 aku kat dia....kalo buat jahat nnt masuk neraka....mudahan Izah jadi anak yang solehah...amiiinnnnn....
sekian kisah izahhhhh....

Tuesday, May 3, 2011

Kelahiran Muhammad Aysar...


Salam...
haiishhh rasa sgt3 lama tidak meng"update" blog ni...kalo bilik mesti dah bersawang..hoho
sungguh byk sgt rasa nak citer...nak luah..nak share kat sini..tp kekangan masa..kekangan kemalasan n kekangan idea menyebabkan sume citer tertangguh...(sungguh ku bukan penulis yg baekkk)...
sementara hero2 n heroin tido blehla aku menaip n3 br kat blog neh...
oh yesss tajuk asal kelahiran Muhammad Aysar kan...melalut dah...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah akhirnya aku selamat melahirkan seorg lagi bayi lelaki ke muka bumi pada 20.4.2011 jam 9.15pm secara cesaerean...
hoh!! knp cesear?? 2 kali seblum ni beranak normal je...ni la antara soalan2 yg ditanya...jgnkan org lain..aku pn smpai harini tertanya2 knp ehh kene cesear....jawapannya sudah kehendak Allah...siapalah kita utk menentukan nasib dan rezeki kita...sungguh walopon pada awalnya mmg aku berpeluang untuk bersalin secara normal..tp kehendak Allah dan perancanganNya tiada siapa yang tahu...kan..kan...kan...
kronologi kelahiran Aysar....
17.4.2011-18.4.2011- aku dah berasa sakit2 ...even tiap mlm aku xdpt tido sbb sakit yg dtg tak menentu..tp aku masih bertahan xmo p hospital sbb belum ada tanda lain...(2-2 ank yg sebelum ni ada tanda..)...aku masih lg blh pg skolah drive sendiri walopon skolah aku agak jauh dr rumah lbh kurang 30km...

19.4.2011- nenek n adik aku dah dtg ..kot2la aku bsalin sng ada org blh tgk ank aku yg 2 org lagi tu....
mlm tu masih sakit...sok pagi2 suami ajk g cek sbb kalo x pg cek confirm aku g skolah tgh hari tu ..yela aku kan rajin haahhaahahaa....sampai kat hospital....buat ctg...result ada contraction tp xbyk...bidan cek jalan...ooohhh dah buka ..nampak mcm baby nak progress...aku kata..."sy nak balik dulu xnak admit lg..." bidan nasihatkan aku admit saja memandangkan ni ank ke 3..biasanya cepat...aku degil nak balik jgk...doctor pn nasihat soh admit....tp aku xnak....last skali bila suami kata takpala admit je...barula aku stuju...yela aku kan isteri mithali..kuangkuangkuang.....maka bersiapla aku utk masuk wad....seblom tu sempat g kedai makan2 dl..hehe...tido semalam asik dok buat ctg je...
20.4.2011- pagi2 lagi bidan dtg cek...ohh dah buka lagi...pastu doc plak cek...yess...dh blh masuk labor room...masuk labor room jam 9 pg..maka bersiap sediala aku utk melahirkan bb..doc n bidan silih berganti dtg melakukan tugas2 mereka...drip dah pasang...sakit semakin kerap..tp sempat lg lunch hehehehe...jam 4ptg aku mintak epidural sbb bidan kata epidural membantu percepatkan proses bukaan...walopon seblom ni aku taknak epidural akhirnya aku setuju bkn sbb xthn sakit tp sbb nasihat bidan tu aku setuju...jam 6 ptg doc masuk..cek2...hampa..baby xturun...heart beat makin laju...doc kata "kita bg masa sampai pkl 8 ye shasha..kalo tak cesear"...haishhh 3kali bersalin 3kali doc ckp nak cesear...tp yg 1st xsempat cesear dh bsalin..yg 2nd pn mcm tu..xsempat cesear dh bsalin...so kali ni aku ingat xpala...insyaAllah bleh normal...tp sampai jam 8 lbh pn baby xturun2...aku dah berdrama air mata la jgk bl pk kene cesear...nasib suami tercenta ada di sisi menasihatkan n menenangkan aku...huhuhu..maka lebih kurang jam 9 aku di bawa ke bilik bedah...uishh 1st time masuk bedebor la jgk..kihkihkih...ape yg blh di gambarkan bilik tu sejuk gilerrrrrrrr n bunyik mesin2 tu menggerunkan..tp aku rileks n tawakkal pd Allah...apalagi doc pn menjalankan kerja2 dia...aku sdr tau...bius separuh badan je..tp aku xnmpkla plak ms doc bedah perot huhu...tau2 doc tunjuk baby..hoh dah kuar ...alhamdulillah....selesai keje jahit menjahit perot...nurse hntr aku ke wad...smpai kat wad aku dh tak tertahan lg sakit sgt tpt belah tu....walopon bius dh pasang..terpaksa cucuk bius lg...
21.4.2011- hohh br aku rasa mcm mana sakitnye bsalin cesear..yerrrr sakit sgt3...bsalin normal pn sakit..tp ni sakit lagi aku rasa...nak bangun ssh..nak ngiring ssh...apalagi nak bjalan...nasib baik nurse kat Hospital Pakar Annur sgt3 membantu...terutama masa nak susukan baby.....sgt ssh...sakit..tp sbb aku mmg dah niat xnak bg susu formula...aku gagahkan diri jgk utk susukan baby...alhamdulillah dpt jgk aku susukan baby di saat2 sukar tu...
24.4.2011- aku dibenarkan keluar hospital...yessssssssssssssssss aku sgt rindu kat rumah....kat izah n zubayr...

 harini Aysar dah 14 hari...masih monitor jaundice dia...so far tak tinggi tp still kene jaga...
sekian dulu kisah kelahiran Muhammad Aysar Bin Muhammad Irwan....aku yakin apa saja yg Allah tentukan buat aku pasti ada hikmah di sebaliknya....aku bersyukur n gembira dgn kehadiran anak2 di sisi...

Friday, February 4, 2011

breastpump idamanku...

salam...slmt tgh malam...
jam dah pukul 12.52 masih xtido lg...hurmm dok ngadap laptop ni mmg leka...lepas 1 page ke 1 page aku terjah...maklumlah anak2 dh lena dibuai mimpi...cuma ummi n walid je xtido lg...
blog walking punye hal...teringat la plak psl breastpump..alamak nak beli pam apa kali ni...niat hati sgt2 mahukan FS...tp rege mak aihhh terjojol bijik mata ni...tp bila baca byk review how good n convinient it is..buat aku sgt3 teruja...seblom ni guna spectra 3..okla cuma agak fenat jgk nk usung g balik ke sekolah...berat jgk la pam tu..tp performance bagus...tp pam tu sudah pon terjual...
nak jadi cerita terjumpa 1 blog ni cite pasal dia beli FS tru ebay...dgn rege yg lbh murah banding beli kt m'sia ni...hurmm aku xdak experience beli tru ebay ni...jalan2 plak kat ebay..tgk rege FS mmg jauh lg murah la...cuma kene tmbah postage cost n warranty void...tp service blh wat kt msia ni...tanya mr hubby..katanya ok beli kat ebay...haishh mcm bg greenlight je hehehehehe....ni yg buat aku termimpi2 FS ni...ada lg lbh kurang3 bulan utk aku pikior n decide n simpan doit...utk gadget yg 1 ini...apepon keputusannya nnt aku harap2 ada rezeki baby untuk breastfeed lebih lama banding kakak n abangnya...kerana bila dh tak breastfeed lg aku sgt rindu saat2 menyusukan anak....huhu

Wednesday, February 2, 2011

pindah umah...

salam...

alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa duduk umah sndiri..setelah pelbagai onak duri di tempuh..cewahhh...betul ..byk onak n duri nk beli umah ni...tp apepon alhamdulillah atas kurniaan rezeki ni...aku rasa cukupla ni je umah aku huhuhu...xlarat poket wehhh... jom layan pic "make over" rumah ni..


 SEBELUM




 sinki idaman en suami...huhu


sesi memasang kabinet 

SELEPAS
dapur..ohhh dapur...sepah lg ni..
 adios

coklat..ohh coklat...

salam...
tatau nak story ape sbb mata tgh ngantuks bangat..nk tido xleh sbb anytime anak daraku smpai dr skolah..
ok...ni beberapa picture coklat yg aku buat utk tatapan n kenangan ...

sebagai buah tangan utk kuarga bakal biras...




tempahan coklat oreo with edible image sempenan wedding adik seorg cikgu kat skolah

ok layanzz gambar je dh la ekk...heheh..adiosss

Monday, January 24, 2011

check up ...for 25th weeks

salam....selamat malam...
aduhai mata susah nak lelap walopon ngantuks bangat nehh....tambah lg kepenatan seharian uruskan anak n pg keje ...lately rasa sakit2 je kalo berdiri lelama..sengal2 je prot ku ini...br 6bln takkan mcm 8 bln kots... xpala nnt p check up tanya doc...

balik dr skolah ..siap2 mandi solat maghrib...pg la klinik jumpa doc yg sgt friendly ..dr rohani kat poliklinik azzahra bandar tek ni...check urine..check tekanan drh..berat...alhmdulillah ok...tp bila aku tanya apsal sakit je kt bwh perot ni ..doc pon check la...skali katanya..."kepala baby kt bawah la...u br 25minggu...takot premature labor" ...aku pon terus jd risau..ermm "knp ehh doc?" "agaknya sbb byk bergerak ke??" dah aku keje cikgu ...mmg la byk turun naik tangga..jalan sana sini...so doc syorkan aku jgn byk begerak,jgn turun naik tangga...ishhh mana bleh..mcmna nk ngajar kalo cmtu...doc kata.."xpa sy buat surat ..bg kt ur headmistress..2minggu lg u dtg instead of 1month...kalo ada rasa sakit contraction terus g sepital" aku?? hurmm okla...mmg sakit wooo nak jln pn sakit...moga Allah permudahkan segalanya...baby alhamdulillah aktif...

Saturday, January 22, 2011

Mee Siput...alahai sedapnya...

salam...
cuti-cuti mcm ni aku suke surf internet je sambil buat keje2 lain...ermmm jalan2 kat tenet ni terjumpa pasal mee siput ni...alahai terliur plak aku tgk....ni makanan org johor...mcm mkn mamee gitu ..tp mkn dgn cecah sambal...mau order ni...terliur giler...
sesapa minat blh tempah online je skang ni...sonang jooo klik je mee siput
 selamat makan mee siputtt
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...